Page 1 - Maklumat Pentadbiran Latihan 3 Tahun 2015

Basic HTML Version

1
JP/ILSM/656 /10 ( 5 )
MAKLUMAT PENTADBIRAN LATIHAN
BILANGAN 3 TAHUN 2015
Semua Pengarah Kanan Bahagian
Semua Pengarah Bahagian
Semua Pengarah JP Negeri
PENILAIAN KEBERKESANAN LATIHAN BAGI ANGGOTA YANG MENGHADIRI KURSUS
/ LATIHAN DI LUAR INSTITUT LATIHAN STATISTIK MALAYSIA
Maklumat Pentadbiran Latihan ini bertujuan untuk memaklumkan tentang
penilaian keberkesanan latihan kepada anggota di Jabatan yang menghadiri kursus
/ latihan di luar daripada Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM). MPL Bil.3/2015
ini dikeluarkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan
Latihan Jabatan Bil. 1/2014. Tujuan penilaian keberkesanan ini dilaksanakan
adalah untuk mengukur tahap kompetensi anggota selepas menghadiri kursus /
latihan yang dilaksanakan.
2.
Penjelasan tentang kehadiran anggota Jabatan ke kursus / latihan di luar
Institut Latihan Statistik Malaysia adalah berikut:
i)
Kehadiran anggota ke kursus / latihan luar Jabatan yang berada di
bawah kawal selia Bahagian Khidmat Pengurusan;
ii)
Kehadiran anggota ke kursus / latihan luar Jabatan yang berada di
bawah kawal selia Bahagian Pengurusan Maklumat;
iii) Kehadiran anggota ke kursus / latihan luar Jabatan yang berada di
bawah kawal selia Bahagian / JP Negeri masing-masing; dan
iv) Kehadiran anggota ke kursus
Outreach
di Jabatan Perangkaan Negeri
Sabah dan Sarawak.