Page 12 - Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005

Basic HTML Version

LAMPIRAN A1
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
PERINGKAT PRA-PENEMPATAN
(Tahap Pendedahan Kompetensi)
Tujuan
1.
Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan Peringkat Pra-
Penempatan iaitu Tahap Pendedahan Kompetensi kepada Kementerian / Jabatan.
Kumpulan Sasaran
2.
Anggota perkhidmatan awam yang layak mengikuti tahap ini ialah anggota
yang baru dilantik dalam perkhidmatan awam.
Objektif
3.
Objektif tahap ini ialah supaya anggota perkhidmatan awam yang baru dilantik
diberi pengenalan dan pendedahan kepada budaya kerja perkhidmatan awam dan
nilai-nilai positif anggota perkhidmatan awam.
Modul
4.
Modul tahap ini adalah sebagaimana Modul Kursus Induksi Umum yang telah
diguna pakai.
Ciri-ciri
5.
Ciri-ciri tahap ini ialah:
i.
Pengenalan kepada perkhidmatan awam;
ii.
Pendedahan nilai-nilai anggota perkhidmatan awam;
iii.
Pembudayaan budaya kerja positif dan cemerlang; dan
iv.
Pendedahan ketahanan bekerja.
1/3