Page 21 - Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005

Basic HTML Version

LAMPIRAN A4
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
PERINGKAT PERTENGAHAN
(Tahap Peningkatan Kompetensi)
Tujuan
1.
Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan Peringkat
Pertengahan iaitu Tahap Peningkatan Kompetensi kepada Kementerian / Jabatan.
Kumpulan Sasaran
2.
Anggota perkhidmatan awam yang layak mengikuti tahap ini ialah anggota
yang berkhidmat antara lima hingga sepuluh tahun.
Objektif
3.
Objektif tahap ini ialah meningkatkan kemahiran sedia ada dan mendedahkan
kemahiran baru bagi meningkatkan kompetensi anggota perkhidmatan awam.
Modul
4.
Modul disediakan oleh Kementerian / Jabatan mengikut keperluan latihan
berdasarkan klasifikasi dan skim perkhidmatan.
Ciri-ciri
5.
Ciri-ciri tahap ini ialah:
i.
Memantapkan mutu kerja ke tahap yang lebih tinggi;
ii.
Memantapkan tahap kepakaran;
iii.
Memantapkan tahap profesionalisme; dan
iv.
Memantapkan keupayaan dan kemahiran kepimpinan.
1/3