Page 2 - Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun 2005

Basic HTML Version

2
3.
Kelayakan bayaran saguhati ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i)
pegawai yang memberi syarahan/ceramah atau dilantik sebagai fasilitator
hendaklah mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatannya;
(ii) memberi syarahan/ceramah atau menjadi fasilitator bukan merupakan
sebahagian daripada tugas rasmi pegawai;
(iii) pegawai dari unit/institusi latihan/pengajian, maktab/institusi perguruan
dan sekolah di mana tugas memberi syarahan/ceramah adalah sebahagian
daripada tugas mereka, bayaran saguhati boleh dibayar sekiranya
kursus/bengkel/majlis rasmi bukan dianjurkan dan bukan merupakan
program jabatan/institusi/maktab/sekolah yang sama;
(iv) urusetia yang memberi syarahan/ceramah atau menjadi fasilitator dalam
program yang dianjurkannya tidak layak bayaran saguhati di bawah
Pekeliling ini;
(v) bayaran saguhati boleh diberi mengikut kadar setengah jam bagi setiap
setengah jam yang genap sekiranya waktu syarahan/ceramah yang
ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi melebihi satu jam;
dan
(vi) pensyarah/penceramah/fasilitator sambilan yang diberikan cenderamata
adalah tidak layak dibayar saguhati di bawah Pekeliling ini.
4.
Dengan berkuatkuasanya Pekeliling ini, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun
1995 dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 1 Tahun 1996 adalah dibatalkan.
5.
Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan
Pekeliling ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun
Persekutuan/Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
6.
Pekeliling ini berkuat kuasa pada 1 September 2005.
Sekian, Terima Kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(Dato’ Izzuddin Bin Dali)
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
16 Ogos 2005
s.k.
Ketua Setiausaha Negara
Akauntan Negara Malaysia
Ketua Audit Negara