Lembaga Penasihat ILSM

TERMA RUJUKAN
- Memberi pandangan dan nasihat mengenai pelan strategik bagi Institut, kurikulum kursus dan perancangan pengurusan jangka masa panjang;
- Meningkatkan hubungan kerjasama dan penyelarasan di antara ILSM dengan institusi-institusi pengajian tinggi yang lain dalam bidang latihan;
- Mengkaji kemajuan aktiviti-aktiviti yang telah dan sedang dijalankan dari semasa ke semasa;
- Menasihat ILSM dari segi pengurusan dan penyediaan program-program latihan;
- Menasihat ILSM dalam usaha untuk mendapatkan bantuan institusi, kepakaran teknik dan pengurusan daripada agensi dalam dan luar negeri yang berkaitan; dan
- Memandu dan membantu ILSM dalam meningkatkan lagi keupayaan sebagai institusi latihan dalam bidang statistik.