Kurikulum ILSM
Pendekatan Pembangunan Kompetensi ILSM
Program pembangunan kompetensi ILSM dirancang berdasarkan keperluan strategik DOSM, fungsi pekerjaan, jurang kompetensi serta perkembangan semasa dalam bidang statistik, data dan teknologi.Program pembelajaran dilaksanakan melalui pelbagai pendekatan termasuk latihan bersemuka, pembelajaran dalam talian, blended learning, perkongsian kepakaran, pembelajaran berasaskan projek dan bentuk pembangunan kompetensi lain yang bersesuaian.
Kluster Ekonomi
Kluster Metodologi, Penyelidikan dan Kualiti
Kluster Demografi dan Sosial
Kluster ICT dan Geospatial
Kursus Pengurusan
Penerapan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam dalam Pembangunan Kompetensi
Pembangunan kurikulum dan program latihan ILSM mengambil kira aspirasi Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) melalui pengukuhan kompetensi fungsian dan generik, penerapan nilai integriti serta profesionalisme, pembangunan kemahiran digital dan pembudayaan pembelajaran berterusan.
Berpandukan Pelan Pembangunan Kompetensi (PPK) DOSM 2026, program latihan dirancang berdasarkan keperluan kompetensi dan fungsi pekerjaan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta keupayaan warga DOSM dalam melaksanakan tanggungjawab secara berkesan.
Pendekatan ini menyokong pembangunan modal insan yang adaptif, inovatif dan berorientasikan keberhasilan, selaras dengan aspirasi reformasi sektor awam.




























