Page 1 - Maklumat Pentadbiran Latihan Bilangan 1 2015

Basic HTML Version

JP/ILSM/656 /10 ( 1 ) 
MAKLUMAT PENTADBIRAN LATIHAN
BILANGAN 1 TAHUN 2015
Semua Pengarah Kanan Bahagian
Semua Pengarah Bahagian
Semua Pengarah JP Negeri
PROSES PERMOHONAN MENGADAKAN TAKLIMAT/SEMINAR/BENGKEL/MESYUARAT
DI INSTITUT LATIHAN STATISTIK MALAYSIA
Maklumat Pentadbiran Latihan ini bertujuan untuk memaklumkan tentang prosedur
permohonan untuk mengadakan taklimat/seminar/bengkel/mesyuarat di Institut
Latihan Statistik Malaysia (ILSM).
2.
Penjelasan tentang prosedur bagi melicinkan permohonan tersebut
diberikan seperti berikut:
i)
Bahagian
atau
JP
Negeri
yang
ingin
mengadakan
taklimat/seminar/bengkel/mesyuarat di Institut Latihan Statistik
Malaysia perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada Institut
Latihan Statistik Malaysia (ILSM);
ii)
Permohonan tersebut perlu mempunyai perkara-perkara seperti di
berikut:
a. Nama taklimat/seminar/bengkel/mesyuarat;
b. Objektif taklimat/seminar/bengkel/mesyuarat diadakan;
c. Senarai dan bilangan peserta/penceramah/urus setia yang akan
mengikuti taklimat/seminar/bengkel/mesyuarat tersebut (seperti
format di Lampiran ); dan
d. Tentatif program taklimat/seminar/bengkel/mesyuarat.