Page 2 - Maklumat Pentadbiran Latihan Bilangan 2 Tahun 2015

Basic HTML Version

iii) ILSM akan memajukan permohonan tersebut kepada YBhg.
Datuk Dr. Ketua Perangkawan Malaysia untuk mendapatkan
kelulusan;
(iv)
JP Negeri Sabah dan Sarawak perlu memastikan peserta
melengkapkan borang penilaian kursus, penceramah dan
memasukkan segala aktiviti latihan yang dilaksanakan ke dalam
Log Latihan masing-masing; dan
v)
Satu salinan laporan tentang kursus yang dijalankan perlu
dikemukakan kepada ILSM. Ini termasuk senarai kedatangan
peserta yang bertandatangan untuk tujuan pengeluaran sijil
dan rekod Sistem Pengurusan Latihan (SPL).
vi)
Segala perbelanjaan kursus dan juga bayaran penceramah
adalah ditanggung oleh JP Negeri yang menganjurkan kursus
tersebut.
vii)
ILSM akan mengeluarkan surat pelantikan penceramah.
b)
Bukan
Outreach
:
Kursus bukan
outreach
ialah kursus yang dianjurkan dan diadakan di
Bahagian/JP Negeri selain daripada kursus dalaman yang telah
disenaraikan dalam takwim kursus pada tahun berkenaan oleh ILSM.
i)
Semua Bahagian dan JP Negeri yang ingin mengadakan kursus
dalaman perlu mengemukakan permohonan melalui Institut
Latihan Statistik Malaysia (ILSM);
ii)
Permohonan ini termasuk permohonan untuk menjalankan
latihan yang dibiayai oleh agensi/badan antarabangsa atau
wang amanah;
iii) Permohonan daripada Bahagian di bawah Program Ekonomi dan
Sosial/Demografi perlu melalui Timbalan Ketua Perangkawan
masing-masing;
iv)
ILSM akan memajukan permohonan tersebut kepada
YBhg. Datuk Dr. Ketua Perangkawan Malaysia untuk
mendapatkan pertimbangan dan kelulusan;
v)
Bahagian dan JP Negeri perlu memastikan peserta memasukkan
segala aktiviti latihan yang dilaksanakan ke dalam Log Latihan
masing-masing;