Page 15 - Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005

Basic HTML Version

LAMPIRAN A2
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
PERINGKAT ASAS
(Tahap Penerapan Kompetensi)
Tujuan
1.
Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan Peringkat Asas
iaitu Tahap Penerapan Kompetensi kepada Kementerian / Jabatan.
Kumpulan Sasaran
2.
Anggota perkhidmatan awam yang layak mengikuti tahap ini ialah anggota
yang berkhidmat kurang daripada tiga tahun.
Objektif
3.
Objektif tahap ini ialah supaya anggota yang baru menjawat jawatan
diterapkan dengan asas-asas pentadbiran dan pengurusan jabatan.
Modul
4.
Modul disediakan oleh Kementerian / Jabatan mengikut keperluan latihan
berdasarkan klasifikasi dan skim perkhidmatan.
Ciri-ciri
5.
Ciri-ciri tahap ini ialah:
i.
Pemahaman matlamat dan fungsi organisasi;
ii.
Orientasi kepada persekitaran kerja;
iii.
Penyesuaian diri dengan etika dan budaya kerja jabatan; dan
iv.
Perkara-perkara asas di dalam pekerjaan.
1/3