Page 24 - Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005

Basic HTML Version

LAMPIRAN A5
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
PERINGKAT LANJUTAN
(Tahap Pengukuhan Kompetensi)
Tujuan
1.
Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan Peringkat
Lanjutan iaitu Tahap Pengukuhan Kompetensi kepada Kementerian / Jabatan.
Kumpulan Sasaran
2.
Anggota perkhidmatan awam yang layak mengikuti tahap ini ialah anggota
yang telah berkhidmat lebih dari sepuluh tahun.
Objektif
3.
Objektif tahap ini ialah untuk memantapkan dan mengukuhkan keupayaan
anggota perkhidmatan awam secara berterusan selaras dengan keperluan dan cabaran-
cabaran semasa.
Modul
4.
Modul disediakan oleh Kementerian / Jabatan mengikut keperluan latihan
berdasarkan klasifikasi dan skim perkhidmatan.
Ciri-ciri
5.
Ciri-ciri tahap ini ialah:
i.
Mengembangkan kebolehan dan keupayaan;
ii.
Mengukuhkan kepimpinan;
iii.
Memantapkan integriti;
iv.
Memantapkan keupayaan membuat keputusan; dan
v.
Menyediakan kebolehan mengadakan jaringan (
networking
).
1/3