Page 4 - Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005

Basic HTML Version

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA
MALAYSIA
____________________________
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2005
____________________________
PELAKSANAAN
PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA
SEKTOR AWAM
TUJUAN
1.
Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah untuk memberi penjelasan
mengenai struktur pelaksanaan Pelan Latihan Sumber Manusia Sektor Awam seperti
dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005.
TAKRIF
2.
Untuk maksud Surat Pekeliling Perkhidmatan ini,
i.
“Struktur Latihan”
merujuk kepada peringkat-peringkat latihan yang
perlu diikuti oleh anggota perkhidmatan awam;
ii.
“Peringkat” merujuk kepada tahap-tahap latihan yang boleh diikuti oleh
anggota perkhidmatan awam;