Page 8 - Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005

Basic HTML Version

AUDIT PENGURUSAN LATIHAN
9.
Bagi memantapkan urusan latihan di peringkat Kementerian / Jabatan, Jabatan
Perkhidmatan Awam akan melakukan naziran terhadap program-program latihan yang
dijalankan oleh Kementerian / Jabatan pada setiap dua tahun sekali.
10.
Pasukan naziran akan dianggotai oleh wakil Jabatan Perkhidmatan Awam,
wakil Kementerian Kewangan dan wakil daripada lain-lain agensi yang terlibat.
Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengurus setia pasukan naziran
ini.
PERTANYAAN
11.
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini,
hendaklah dirujuk kepada:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Latihan
Aras 6, Blok C1, Parcel C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
Tel
: 03-88853000/4000
Faks
: 03-88892179
E-mail
: plsa@jpa.gov.my
PEMAKAIAN
12.
Pemakaian Surat Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua
Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Berkanun,
tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.
5