Page 11 - PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2005

Basic HTML Version

ii.
Bagi kursus-kursus luar negara, hendaklah kursus-kursus yang perlu
dan tidak dapat dikelola atau dianjurkan oleh institusi latihan di dalam
negara;
iii.
Pemilihan calon untuk mengikuti kursus pendek di luar negara
hendaklah tertakluk kepada kesesuaian kursus dengan tugas dan
tanggungjawab anggota di dalam Kementerian / Jabatan;
iv.
Tempoh antara sesuatu kursus di luar negara yang boleh dihadiri oleh
anggota perkhidmatan awam adalah seperti berikut:
a.
Anggota yang telah mengikuti kursus jangka pendek / panjang
di luar negara boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus-
kursus jangka pendek lain atau siri kursus jangka pendek
seterusnya di luar negara selepas
genap satu tahun
tamat
mengikuti kursus berkenaan;
b.
Anggota yang telah mengikuti kursus jangka pendek di luar
negara boleh juga dipertimbangkan untuk mengikuti kursus
jangka panjang di luar negara selepas
genap satu tahun
tamat
mengikuti kursus berkenaan; dan
c.
Anggota yang telah mengikuti kursus jangka panjang di luar
negara boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka
panjang di luar negara selepas
genap dua tahun
tamat
mengikuti kursus berkenaan.
v.
Penyertaan dalam kursus di luar negara (selain daripada seminar dan
bengkel) yang tempohnya terlalu pendek seperti tiga atau empat hari
adalah tidak digalakkan.
11