Page 10 - PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2005

Basic HTML Version

selaras dengan dasar dan peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke
semasa;
v.
Menentukan bahawa segala perbelanjaan menyelenggara kursus adalah
mematuhi dasar dan peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke
semasa;
vi.
Memastikan supaya:
a. Semua peserta kursus menyedia dan mengemukakan laporan
kursus kepada Ketua Jabatan masing-masing setelah selesai
menjalani kursus berkaitan;
b. Semua penyertaan dalam kursus-kursus hendaklah
direkodkan
di
dalam Buku Perkhidmatan pegawai yang berkenaan; dan
c. Setiap peserta mengemukakan salinan sijil / dokumen berkaitan
bagi tujuan pengesahan kehadiran kursus kepada Ketua Jabatan
masing-masing sebaik sahaja tamat menghadiri kursus.
vii.
Membuat penilaian keberkesanan kursus yang diikuti anggota
memenuhi matlamat Jabatan.
14.
Semua Ketua Setiausaha Kementerian diberi kuasa meluluskan kursus-kursus
jangka pendek luar negara yang dibiayai Kerajaan Persekutuan. Bagi Jabatan yang
tidak di bawah kawalan Kementerian, maka kuasa tersebut diberi kepada Ketua
Jabatan.
15.
Dalam meluluskan kursus-kursus
jangka pendek
, Ketua Setiausaha
Kementerian / Ketua Jabatan hendaklah mematuhi peraturan-peraturan berikut:
i.
Keutamaan hendaklah diberikan kepada institusi latihan tempatan
dalam menentukan tempat kursus khususnya institusi latihan awam
ataupun institusi latihan awam yang telah dikorporatkan;
10