Page 2 - PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2005

Basic HTML Version

ii.
“Kompetensi” merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri
peribadi yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas dan
tanggungjawab. Prinsip asas kompetensi adalah bahawa prestasi
seseorang anggota perkhidmatan awam akan meningkat jika ia
mempunyai semua kompetensi yang diperlukan bagi melaksanakan
tugas atau tanggungjawab jawatan yang disandangnya;
iii.
“Kursus Jangka Panjang” ialah kursus sepenuh masa yang tempohnya
melebihi dua belas bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan,
kelepasan am dan cuti akademik;
iv.
“Kursus Jangka Pendek” ialah kursus sepenuh masa termasuklah
lawatan sambil belajar, seminar atau bengkel yang tempohnya tidak
melebihi tiga bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan,
kelepasan am dan cuti akademik;
v.
“Kursus Jangka Sederhana” ialah kursus sepenuh masa yang
tempohnya melebihi tiga bulan tetapi tidak melebihi dua belas bulan
kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti
akademik;
vi.
“Latihan” bermaksud proses pemindahan ilmu pengetahuan secara
kemas dan berdisiplin, bertujuan menambah pengetahuan dan
kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam
organisasi. Ini dicapai melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti
kursus, latihan semasa bekerja dan program
mentoring/coaching
atau
yang seumpama dengannya yang menyumbang kepada pembangunan
individu dan kecemerlangan organisasi;
vii.
“Pembangunan Diri” merujuk kepada peningkatan kemahiran,
kebolehan dan kerjaya yang dapat dicapai dengan mempraktikkan
pengetahuan, pendedahan kepada pelbagai idea dan pengalaman serta
melalui latihan dan
mentoring;
2