Page 3 - PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2005

Basic HTML Version

viii. “Pembelajaran” ialah proses perubahan hasil daripada pengalaman
secara relatif ke atas pelakuan (
behaviour
). Ianya melibatkan setiap
individu menerima pembelajaran mengikut keperluan masing-masing
sama ada mengikut kaedah eksperimen, analisis dan keupayaan
menggunakan pengalaman seumur hidup; dan
xi.
“Pembelajaran Berterusan” ialah proses mendapatkan ilmu
pengetahuan sepanjang hayat yang melibatkan tiga elemen utama iaitu
latihan, pembelajaran dan pembangunan diri.
ASAS-ASAS KEPERLUAN DASAR LATIHAN
3.
Dasar Wawasan Negara telah menetapkan matlamat pembangunan negara
untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Bagi
mencapai matlamat tersebut, Kerajaan telah memberi penekanan kepada semua aspek
pembangunan, termasuklah pembangunan sumber manusia sektor awam.
4.
Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia mulai 1 November 2002 yang
berteraskan kompetensi dan pembelajaran berterusan adalah bertujuan untuk
menggalakkan pembangunan diri, penguasaan pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan
inovasi.
DASAR DAN OBJEKTIF LATIHAN
5.
Menyedari pentingnya usaha-usaha pembangunan sumber manusia dalam
sektor awam, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam telah ditetapkan iaitu
setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri / dilengkapkan dengan
sikap (
attitude
), kemahiran (
skills
) dan pengetahuan (
knowledge
) yang bersesuaian,
melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang yang berteraskan
pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.
3