Page 4 - PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2005

Basic HTML Version

6.
Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam digubal untuk mencapai
objektif-objektif berikut:
i.
Menyediakan anggota yang berkelayakan, berkebolehan dan
berkompetensi;
ii. Mencapai hasil kerja yang berkualiti / bermutu tinggi;
iii.
Meningkatkan kompetensi dan produktiviti;
iv.
Membentuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif;
v. Mewujudkan nilai cipta (
value–creation
) dan nilai tambah (
value–
added)
di dalam sektor awam; dan
vi. Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya.
STRATEGI PELAKSANAAN
7.
Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam dilaksanakan dengan
menggunakan strategi-strategi berikut:
i.
Setiap Kementerian / Jabatan hendaklah menyediakan peruntukan
tahunan bersamaan sekurang-kurangnya
satu peratus (1%)
daripada
peruntukan emolumen untuk tujuan latihan;
ii.
Setiap Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan hendaklah
memastikan anggota masing-masing di semua peringkat mengikuti
kursus sekurang-kurangnya
tujuh
hari setahun;
4