Page 9 - PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2005

Basic HTML Version

iv.
Kursus Yang Dibiayai Oleh Badan Asing
Semua kursus yang ditawarkan dan dibiayai oleh Negara-negara Asing
/ Badan-badan Antarabangsa, melainkan yang berkaitan dengan
sesuatu projek atau program kerjasama yang dikendalikan oleh
Kementerian / Jabatan (Kementerian Luar Negeri adalah menjadi
saluran rasmi untuk memanjangkan tawaran-tawaran hadiah-hadiah
latihan oleh Badan Asing kepada Jabatan Perkhidmatan Awam).
KUASA DAN TANGGUNGJAWAB KEMENTERIAN / JABATAN
13.
Semua Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan adalah diberi kuasa dan
bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut:
i.
Merancang dan mengenalpasti
keperluan latihan
anggota
Kementerian / Jabatan masing-masing supaya selaras dengan Dasar
Latihan Sumber Manusia Sektor Awam yang ditetapkan;
ii.
Mengurus dan melaksanakan latihan yang berbentuk
kursus jangka
pendek
kepada anggota di Kementerian / Jabatan masing-masing
dengan menentu serta memilih kursus-kursus jangka pendek sama ada
di dalam atau di luar negara (tertakluk kepada perenggan 14) yang
dianggap perlu bagi pegawai dan kakitangan Kementerian, Jabatan-
jabatan dan Agensi-agensi di bawah kawalannya, kecuali kursus-
kursus pendek seperti diperuntukkan di perenggan 12(ii);
iii.
Menimbang dan memperakukan calon-calon untuk mengikuti latihan
yang berbentuk
kursus jangka sederhana dan panjang
kepada
Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Panel Pembangunan Sumber
Manusia di Kementerian / Jabatan masing-masing;
iv.
Menentukan bahawa segala peruntukan yang diguna pakai bagi
maksud perkiraan dan pembayaran elaun-elaun dan lain-lain bayaran
9