Page 27 - Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005

Basic HTML Version

LAMPIRAN A6
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
PERINGKAT PERALIHAN
(Tahap Peralihan Kerjaya)
Tujuan
1.
Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan Peringkat
Peralihan iaitu Tahap Peralihan Kerjaya kepada Kementerian / Jabatan.
Kumpulan Sasaran
2.
Anggota perkhidmatan awam yang layak mengikuti tahap ini ialah anggota
perkhidmatan awam yang akan meninggalkan perkhidmatan dalam tempoh dua tahun
sebelum persaraan.
Objektif
3.
Objektif tahap ini ialah untuk menyediakan anggota perkhidmatan awam yang
akan meninggalkan perkhidmatan kepada pengetahuan dan persekitaran yang baru.
Modul
4.
Modul disediakan oleh Kementerian / Jabatan mengikut keperluan latihan
berdasarkan klasifikasi dan skim perkhidmatan.
Ciri-ciri
5.
Ciri-ciri tahap ini ialah:
i.
Menyediakan kebolehan mengadakan jaringan (
networking
);
ii.
Menyediakan pengetahuan mengenai peluang dan cabaran baru;
iii.
Menyediakan ketahanan mental dan psikologi; dan
iv.
Menyediakan kebolehan menangani tekanan dan cabaran.
1/2