Page 28 - Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005

Basic HTML Version

2/2
Metodologi
6.
Metodologi yang boleh dilaksanakan pada tahap ini adalah bergantung kepada
jenis kursus yang dijalankan seperti:
i.
Ceramah;
ii.
Seminar / Bengkel; dan
iii.
Lain-lain.
Jenis Kursus
7.
Antara jenis-jenis kursus yang boleh dilaksanakan pada tahap ini ialah:
i.
Kursus mengenai dasar-dasar berkaitan persaraan;
ii.
Kursus-kursus persediaan sebelum bersara; dan
iii.
Program-program pendedahan peluang-peluang kerjaya selepas
bersara.
Tempoh
8.
Tempoh sesuatu latihan adalah kurang daripada tiga bulan bergantung kepada
jenis kursus yang dilaksanakan.
Tempat
9.
Tempat latihan adalah di pusat-pusat latihan yang telah dikenal pasti oleh
Kementerian / Jabatan.
Pelaksanaan
10.
Pelaksanaan tahap ini bergantung kepada keperluan perkhidmatan
sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan dan
tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa.