Page 6 - Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005

Basic HTML Version

ii.
Peringkat Asas
Pada peringkat ini anggota perkhidmatan awam yang baru menjawat jawatan
akan diterapkan dengan asas-asas pentadbiran dan pengurusan jabatan. Tahap
latihan yang akan dijalankan pada peringkat ini ialah
Tahap Penerapan
Kompetensi
yang bersifat umum dan penekanan diberikan kepada
perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan. Anggota perkhidmatan awam yang
berkhidmat kurang daripada tiga tahun perlu mengikuti tahap ini. Garis panduan
pelaksanaan adalah sebagaimana di
Lampiran A2.
iii.
Peringkat Pertengahan
Peringkat Pertengahan bertujuan untuk menyediakan anggota perkhidmatan
awam yang berkebolehan dan berkeupayaan melakukan tugas dengan cepat dan
menepati standard umum yang ditentukan. Di samping itu, ia juga bertujuan
meningkatkan kemahiran sedia ada dan mendedahkan kemahiran baru bagi
meningkatkan kompetensi anggota perkhidmatan awam. Peringkat ini terdiri
daripada dua tahap latihan iaitu
Tahap Pembangunan Kompetensi
dan
Tahap
Peningkatan Kompetensi
. Tahap Pembangunan Kompetensi dikhususkan
kepada anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat di antara tiga hingga lima
tahun. Manakala Tahap Peningkatan Kompetensi disasarkan kepada anggota
perkhidmatan awam yang berkhidmat di antara lima hingga sepuluh tahun.
Garis panduan pelaksanaan adalah sebagaimana di
Lampiran A3
dan
Lampiran A4
.
iv.
Peringkat Lanjutan
Peringkat Lanjutan bertujuan untuk memantapkan dan mengukuhkan keupayaan
anggota perkhidmatan awam secara berterusan selaras dengan keperluan dan
cabaran-cabaran semasa. Pada peringkat ini, anggota perkhidmatan awam akan
melalui
Tahap Pengukuhan Kompetensi
. Anggota perkhidmatan awam yang
layak mengikuti tahap ini adalah mereka yang berkhidmat lebih dari sepuluh
tahun. Garis panduan pelaksanaan adalah sebagaimana di
Lampiran A5
.
3