Page 7 - Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005

Basic HTML Version

v.
Peringkat Peralihan
Peringkat Peralihan bertujuan untuk menyediakan anggota perkhidmatan awam
yang akan meninggalkan perkhidmatan kepada pengetahuan dan persekitaran
yang baru. Tahap latihan pada peringkat ini ialah
Tahap Peralihan Kerjaya
.
Tahap ini disasarkan kepada anggota perkhidmatan awam yang akan
meninggalkan perkhidmatan dalam tempoh dua tahun sebelum bersara. Garis
panduan pelaksanaan adalah sebagaimana di
Lampiran A6
.
TANGGUNGJAWAB KEMENTERIAN / JABATAN
5.
Semua Kementerian / Jabatan adalah bertanggungjawab menyediakan Pelan
Operasi Latihan (POL) bagi melaksanakan program latihan kepada anggota-anggota di
bawah tanggungjawab masing-masing selaras dengan struktur latihan yang digubal.
Contoh format POL adalah sebagaimana di
Lampiran B
.
MEKANISME PELAKSANAAN
6.
Panel Pembangunan Sumber Manusia dan Lembaga Kompetensi yang telah
ditubuhkan di peringkat Kementerian / Jabatan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4
Tahun 2002 merupakan badan yang bertanggungjawab di dalam perkara-perkara yang
berkaitan dengan penggubalan struktur, program dan kurikulum latihan di peringkat
Kementerian / Jabatan berdasarkan pelan latihan ini.
INSTITUSI LATIHAN AWAM
8.
Semua institusi latihan awam yang dikenal pasti oleh Ketua Setiausaha
Kementerian / Ketua Jabatan hendaklah memberikan keutamaan di dalam merancang,
melaksana dan menilai program-program latihan untuk dilaksanakan bersesuaian
dengan Pelan Operasi Latihan Kementerian / Jabatan.
4