Page 18 - Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005

Basic HTML Version

LAMPIRAN A3
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
PERINGKAT PERTENGAHAN
(Tahap Pembangunan Kompetensi)
Tujuan
1.
Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan Peringkat
Pertengahan iaitu Tahap Pembangunan Kompetensi kepada Kementerian / Jabatan.
Kumpulan Sasaran
2.
Anggota perkhidmatan awam yang layak mengikuti tahap ini ialah anggota
yang berkhidmat antara tiga hingga lima tahun.
Objektif
3.
Objektif tahap ini ialah menyediakan anggota perkhidmatan awam yang
berkebolehan dan berkeupayaan melakukan sesuatu tugas dengan cepat dan menepati
standard umum yang ditentukan.
Modul
4.
Modul disediakan oleh Kementerian / Jabatan mengikut keperluan latihan
berdasarkan klasifikasi dan skim perkhidmatan.
Ciri-ciri
5.
Ciri-ciri tahap ini ialah:
i.
Membangunkan keupayaan berkomunikasi;
ii.
Membangunkan keupayaan memahami, merancang dan menganalisis
tugasan;
1/3