Visi dan Misi

VISI
|
Menjadi Institusi pembelajaran statistik yang unggul
|
ILSM bertekad untuk menyediakan landskap pembelajaran yang moden dan kondusif standing dengan Institut Latihan Statistik antarabangsa bagi menghasilkan warga DOSM yang pakar dan kompeten disamping meningkatkan literasi dan pembudayaan statistik di kalangan komuniti.
|
MISI
|
Memperkasa pembangunan modal insan yang cemerlang melalui pembelajaran yang berkualiti dan berinovatif
|
Misi ILSM dibangunkan dengan fokus utama selaku peneraju pembangunan dan pemerkasaan modal insan dalam bidang statistik rasmi. Melalui misi ini, ILSM komited untuk menganjurkan pakej pembelajaran yang moden, komprehensif dan berkualiti dalam bidang statistik ekonomi, sosial dan demografi, metodologi dan penyelidikan serta teknologi maklumat dan geospatial
|