Perutusan Pengarah


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM). ILSM merupakan satu-satunya institut latihan statistik di Negara ini dan merupakan sayap latihan bagi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Mengamati aspirasi DOSM  untuk menjadi sebuah organisasi statistik yang terbilang di dunia, ILSM bertanggungjawab untuk melahirkan anggota yang berpengetahuan terutama dalam bidang statistik serta memupuk personaliti yang berintegriti, dinamik, inovatif dan berprestasi tinggi.
 
Mendepani cabaran ini dan untuk kekal relevan, ILSM menawarkan kursus dan latihan sejajar dengan visinya menjadi sebuah institusi pembelajaran yang terunggul dalam bidang statistik. ILSM juga bersedia untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan setiap lapisan komuniti agar dapat melahirkan masyarakat yang berpengetahuan di dalam bidang statistik melalui program latihan yang komprehensif, sistematik dan berkualiti.
 
Laman web ini merupakan sumber rujukan yang cepat, tepat dan terkini berhubung dengan kursus - kursus yang telah dirancangkan kepada warga DOSM. Menjadi harapan agar melalui laman web ini peluang kursus yang ditawarkan dapat dimanfaatkan juga oleh anggota perkhidmatan awam mengikut kesesuaian dan keperluan Kementerian/Jabatan.
 
ILSM mengalu-alukan sebarang maklum balas atau cadangan bagi menambahbaik kandungan laman web ini supaya dapat memberikan maklumat yang berkesan dan memenuhi kehendak pelanggan.
 
Selamat melayari laman web ILSM,
Sekian dan salam hormat.
 
"Statistik Mencetus Minda Inovatif"

ZURAIDY BIN HJ. ZAINAL ABIDIN
PENGARAH

INSTITUT LATIHAN STATISTIK MALAYSIA

 
KERAJAAN MALAYSIA
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Jabatan Perdana Menteri e-Penyata GajiSistem  Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
 
INSTITUT LATIHAN AWAM
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) Institut Latihan Islam Malaysia(ILIM) Institut Penilaian Negara(INSPEN) Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) Institut Perakaunan Negara (IPN)  

INSTITUT LATIHAN ANTARABANGSA
United Nations Statistics Division (UNSD) IMF Institute for Capacity Development (ICD) siap sesric Organisation for Economic Co-operation and Development

ORGANISASI STATISTIK NEGARA LAIN
Statistics Korea (KOSTAT) Badan Pusat Statistik (BPS) Statistics Canada (STATCAN) Philippine Statistics Authority(PSA)
Apakah pendapat anda tentang laman web ILSM?

  Sangat Bermanfaat
  Baik
  Sederhana
  Perlu Penambahbaikan

   Lihat Keputusan
  Hari Ini
304
  Semalam
321
  Minggu Ini
625
  Minggu Lepas
3,164
  Bulan Ini
6,824
  Bulan Lepas
14,009
  Keseluruhan
1,196,541
  Pengguna Atas Talian
26