Sejarah ILSM


Selaras dengan Teras Kedua Misi Nasional, permohonan DOSM untuk menubuhkan ILSM telah diluluskan oleh pihak Kerajaan di bawah projek Public Fund Initiatives (PFI). Projek yang dimulakan pada tahun 2009 ini telah siap sepenuhnya pada 28 Disember 2011 dan telah mula beroperasi pada 3 Januari 2012. Dibangunkan dengan keluasan melebihi 40 ekar di Sungkai, Perak yang terdiri daripada blok pentadbiran, blok penginapan, dewan serbaguna, surau dan kemudahan riadah. Institut ini dilengkapi dengan enam bilik kuliah, sepuluh bilik sindiket, perpustakaan, tiga makmal komputer dan satu makmal inovasi. Institut ini boleh menampung seramai 150 orang peserta dalam satu masa dengan kemudahan sejumlah 100 bilik penginapan.

Institut ini telah diilhamkan lebih 20 tahun yang lalu. Ia bermula pada tahun 1987dengan penubuhan sebuah kumpulan kerja pembangunan sumber manusia bagi merancang pembangunan program latihan di Jabatan Perangkaan Malaysia. Pada tahun 1990, Bahagian Pembangunan Perangkaan telah diwujudkan dan bertanggungjawab menyediakan program latihan dalaman. Susulan daripada itu, Bahagian Latihan Perangkaan telah diwujudkan pada tahun 2003 dengan jumlah perjawatan sebanyak 21 orang sejajar dengan dasar kerajaan yang mementingkan pembangunan sumber manusia di sektor awam.
KERAJAAN MALAYSIA
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Jabatan Perdana Menteri e-Penyata GajiSistem  Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
 
INSTITUT LATIHAN AWAM
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) Institut Latihan Islam Malaysia(ILIM) Institut Penilaian Negara(INSPEN) Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) Institut Perakaunan Negara (IPN)  

INSTITUT LATIHAN ANTARABANGSA
United Nations Statistics Division (UNSD) IMF Institute for Capacity Development (ICD) siap sesric Organisation for Economic Co-operation and Development

ORGANISASI STATISTIK NEGARA LAIN
Statistics Korea (KOSTAT) Badan Pusat Statistik (BPS) Statistics Canada (STATCAN) Philippine Statistics Authority(PSA)
Apakah pendapat anda tentang laman web ILSM?

  Sangat Bermanfaat
  Baik
  Sederhana
  Perlu Penambahbaikan

   Lihat Keputusan
  Hari Ini
579
  Semalam
321
  Minggu Ini
900
  Minggu Lepas
3,164
  Bulan Ini
7,099
  Bulan Lepas
14,009
  Keseluruhan
1,196,816
  Pengguna Atas Talian
6