Hala Tuju Strategik ILSM 2026–2030
Hala Tuju Strategik ILSM 2026–2030
Selaras dengan Pelan Strategik Jabatan Perangkaan Malaysia 2026–2030, ILSM memperkukuh peranannya sebagai hab pembangunan kompetensi, ilmu statistik dan kemahiran masa hadapan bagi menyokong pembentukan tenaga kerja statistik yang tangkas, kompeten dan bersedia menghadapi perubahan teknologi.
Hala tuju ini memberi penekanan kepada:
1. Pembangunan kompetensi berasaskan keperluan dan jurang kompetensi;
2. Pengukuhan kepakaran dalam statistik, data, analitik dan teknologi;
3. Pembangunan kepimpinan dan potensi bakat;
4. Pengembangan pembelajaran digital dan penggunaan teknologi baharu;
5. Perkongsian ilmu serta jaringan strategik nasional dan antarabangsa; dan
6. Pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga DOSM.



























