Evolusi ILSM
Sejak mula beroperasi pada 3 Januari 2012, Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) terus berkembang seiring dengan perubahan landskap statistik rasmi, teknologi dan keperluan pembangunan kompetensi sektor awam. Peranan ILSM kini melangkaui penyediaan latihan berjadual dengan memberi penekanan kepada pembangunan kompetensi yang lebih tersusun, pembelajaran berterusan, perkongsian ilmu dan pembangunan kemahiran masa hadapan.
Selaras dengan Pelan Strategik Jabatan Perangkaan Malaysia 2026–2030, ILSM memainkan peranan penting dalam pelaksanaan Teras 3: Pembangunan Kapasiti Modal Insan, khususnya bagi menyokong pembangunan bakat dan kompetensi warga DOSM serta memperkukuh keupayaan institusi dalam menghadapi perubahan landskap statistik, data dan teknologi.
Dalam fasa pembangunan seterusnya, ILSM diperkasakan sebagai hab ilmu statistik dan kemahiran masa hadapan di peringkat nasional dan antarabangsa, dengan penekanan terhadap bidang statistik rasmi, data dan analitik, teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI), pembangunan kepimpinan serta pembelajaran sepanjang hayat. Penggunaan pendekatan pembelajaran digital dan teknologi baharu turut akan diperkukuh bagi menjadikan pembangunan kompetensi lebih fleksibel, responsif dan berimpak tinggi.